hari ini aku nak ber-blog dalam bahasa melayu
oh tuhanku!aku sangat merindui cikgu bahasa melayuku masa di sekolah dahulu
beliau sangat lucu,suaranya yang sangat nyaring itu membuatkan aku tidak mungkin dapat melelapkan mataku walaupun ternyata aku teringin sangat nak merehatkan minda dan mataku sekaligus jiwaku.
hari ini bermula dengan indahnya.aku bangun apabila matahari berada tegak di atas kepala dan bayang-bayang pun menghilangkan diri buat seketika.oh,itulah syurga..
selepas menghabiskan masa makan tengahari ku dengan ibubapa ku,aku cuma menonton televisyen.rancangan-rancangan yang disiarkan di tv3 masih setia menemani petang-petang ku setelah sekian lama.selepas 'zati dan si mawas',aku menolong ibuku mencuci lantai di koridor rumahku.'sangat penat'
pada sebelah malamnya,aku,abangku,dan juga ibubapaku pergi makan malam di sebuah restoran di petaling jaya.oh,nikmat dunia yang ini memang sukar ditafsirkan dengan kata-kata.aku suka!
ps:sumpah rasa macam menulis karangan darjah 6 daaa..
No comments:
Post a Comment